Nak Mulakan Kerjaya Sebagai Perunding Kewangan Takaful?

Hampir 75% perunding kewangan takaful memulakan kerjaya mereka dengan cara yang SALAH, membuatkan mereka tiada motivasi untuk teruskan dan akhirnya tidak berjaya mendapat income seperti yang diharapkan.

Kami di IBS akan membantu anda menjadi ejen takaful terbaik dengan latihan dan aktiviti yang telah disediakan.

Bagaimana Kehidupan Anda 5 – 10 Tahun Akan Datang?

Kebanyakan orang yang mempunyai matlamat sudah membuat perancangan jangka panjang untuk mengatur perjalanan hidup mereka untuk beberapa tahun seterusnya. Namun tidak semua orang mampu mencapai apa yang mereka inginkan atas beberapa faktor :

Salah Pilih Kerjaya

Kesilapan ini ialah paling banyak dilakukan oleh pemuda pemudi di Malaysia. Mereka tidak memilih kerjaya yang sesuai dengan kebolehan mereka. Kebanyakannya tangkap muat kerana tiada pilihan, maka matlamat yang dirancang tidak dapat dicapai.

Tiada Bimbingan

Memang anda boleh dapatkan kerjaya tetapi bukan semua kerjaya akan diberikan latihan yang betul-betul mampu menambah nilai diri anda. Malah yang paling teruk ialah pendapatan anda tidak meningkat selepas menerima latihan yang berterusan.

Patah Semangat

Dalam apa jua kerjaya pun, anda memerlukan team. Jika anda bekerja sendirian, anda akan cepat patah semangat dan gagal mencapai matlamat. Kebanyakan kerja memang tidak menyediakan kumpulan, maka anda sendiri perlu ambil inisiatif sendiri.

Buat Perancangan Sekarang & Mula Ubah Kehidupan

Jika anda kurang berpuas hati dengan kedudukan kewangan sekarang, anda seharusnya mula buat perancangan baharu bagi menghadapi kehidupan 5-10 tahun akan datang. 

Kenapa Perlu Sertai Kami?

Sejak 2015, IBS telah melahirkan 400 orang perunding kewangan takaful yang berpendapatan tinggi. Sekarang giliran anda!

Z

Latihan Berterusan

Latihan berterusan disediakan oleh pihak agensi untuk memastikan anda menjadi perunding takaful yang berkarisma

Z

Kerja Berkumpulan

Anda tidak akan berseorangan lagi, kami pastikan anda akan bergerak secara berkumpulan untuk mencapai sasaran income yang anda mahu.

Z

Asah Kepemimpinan

Anda akan dilatih menjadi pemimpin dan mampu benguruskan ahli kumpulan anda sendiri.

Z

Ilmu Mendapatkan Pelanggan

Anda akan diberikan ilmu marketing untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan seterusnya mencapai income yang anda inginkan. 

Apa Yang Akan Dipelajari?

Kami komited dalam melahirkan perunding kewangan takaful yang berdedikasi dan berkarisma. Berikut ialah modul ilmu yang anda akan belajar bersama kami:

1. Cashflow Game

Anda akan bermain cashflow game yang menjadi latihan kepada pengurusan kewangan dalam dunia sebenar. Latihan ini akan dapat membuka minda anda & memberi perspektif baru dalam pengurusan kewangan.

2. Perancangan Aset

Anda akan belajar mengenai perancangan aset persendirian untuk memudahkan urusan pembelian kereta & hartanah. 

3. Perancangan Perwarisan

Anda akan belajar mengenai pengurusan perwarisan yang merangkumi aspek agihan Hibah takaful kepada pencarum.  

4. Pengurusan Risiko Kewangan

Anda akan belajar mengenai risiko pengurusan kewangan. Topik ini ialah perkara yang akan disampaikan kepada pelanggan anda supaya mereka memahami kepentingan takaful.

5. Ilmu Pelaburan

Anda akan belajar mengenai jenis pelaburan untuk aset dan kewangan. Ilmu yang paling seronok untuk dipelajari dan sangat penting sebagai seorang perunding kewangan mempunyai ilmu ini.

6. Teknik Promosi & Kepemimpinan

Anda akan belajar teknik untuk melakukan jualan yang pelanggan anda suka serta ilmu untuk menjadi pemimpin kepada kumpulan anda sendiri.

7. Database Marketing

Anda akan didedahkan dengan teknik pemasaran online yang merangkumi 9 topik berikut:

1. Dunia digital marketing

2. Integrated digital marketing

3. Cara ambil gambar cantik dengan smartphone

4. Laman web & blog

5. Kaedah terbaik close sale di facebook

6. Kaedah terbaik close sales di instagram

7. Kaedah terbaik close sales di whatsapp

8. Strategi pemasaran melalui facebook messenger

9. Cara setup chatbot

Anda Sekarang Boleh Close Case Secara Online Sahaja !

Di dunia serba moden dan canggih ini, anda boleh berbincang dan memberi pendedahan mengenai Takaful secara online melalui video call sahaja. Kami akan ajar anda untuk lakukannya secara online sahaja.

1. Post Di Media Sosial

Anda buat satu post berkenaan takaful di media sosial. Jenis post dan cara post yang betul akan diajar di dalam kelas bersama agensi.

2. Dapatkan Database

Anda dapatkan maklumat orang yang berminat dengan post anda. Cara dapatkan & cara simpan database akan diajar di dalam kelas.

3. Closing Online

Anda boleh mula buat follow up dan closing case secara online. Cara closing case online juga akan diajar di dalam kelas.

Berhenti Beri Alasan!

Kami akan bimbing anda untuk lakukan rundingan takaful secara online dan anda boleh lakukannya dari jarah jauh. 

Lihat Apa Kata Perunding Takaful Di Bawah Agensi Kami

Kehidupan mereka sudah berubah apabila mereka menyertai pasukan kami. Tonton dan dengar apa yang mereka ingin sampaikan kepada anda.

Manfaat Menjadi Perunding Kewangan Takaful Bersama Great Eastern

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) ialah syarikat usahasama antara I Great Capital Holding Sdn Bhd & Koperasi Angkatan Tentera dan pernah dinobatkan sebagai Pengendali Takaful Baru Terbaik 2011.

1. Kekuatan Great Eastern Takaful

Jumlah aset keseluruhan Great Eastern ialah RM80.3 Billion dan berkolaborasi bersama Koperasi Angkatan Tentera Malaysia sebagai pemegang saham.

2. Pelepasan Cukai Individu

Kerajaan memberikan pelepasan cukai kepada pencarum sehingga RM6000 untuk sijil takaful manakala RM3000 untuk takaful pendidikan.

3. Ganjaran Lumayan

Great Eastern menyediakan pelbagai cabaran dan hadiah untuk perunding kewangan takaful yang aktif dan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh mereka.

4. Pasaran Yang Luas

Berdasarkan fakta berakhir 2017, hanya 14% penduduk Malaysia yang mempunyai pelan takaful. Anda mempunyai peluang yang sangat besar untuk menjana income sebagai perunding kewangan takaful.

5. Peluang Melancong Percuma

Anda juga berpeluang untuk menikmati percutian secara percuma yang disediakan oleh Great Eastern bagi menghargai jasa anda sepanjang tahun.

6. Peluang Naik Pangkat

Anda boleh menjadi manager dengan pantas apabila menyelesaikan semua tugasan yang disediakan oleh pihak agensi. Jangan risau, kami akan bantu anda capai pangkat manager.

Pasaran Takaful Di Malaysia

Statistik menunjukkan kadar penebusan polisi takaful keluarga sekitar 14% sahaja dari seluruh rakyat Malaysia iaitu :

Tahun 2015 hanya 14.71%

Tahun 2016 hanya 14.61%

Tahun 2017 hanya 14.66% rakyat Malaysia mencarum takaful. Jadi pasaran yang masih ada sangat besar untuk anda memulakan langkah hari ini.

Pendapatan & Pangkat

Great Eastern mempunyai pelan pendapatan yang bagus dan memudahkan anda naik pangkat sebagai manager dengan pantas selagi anda mengikuti perkara yang agensi cadangkan. Semakin bagus anda lakukan, pendapatan juga akan seiring dengan usaha keras anda. 

Anda hanya perlu belajar daripada leader dan aplikasikannya dalam kerjaya anda sebagai Perunding Kewangan Takaful. 

Sokongan Padu Kumpulan IBS

Kami akan sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan dari pelbagai aspek selepas anda menyertai pasukan ini. Berikut ialah ahli kumpulan IBS yang sedia menjadi tulang belakang kejayaan anda dalam kerjaya perunding kewangan takaful.

Ooi Chin Lee

Ooi Eng Hong

Nurul Hidayahtulrahmah

Nicole Shiw Siew Peng

Siti Umaira

Tee Bee Chin

Haizum Faiqah

Sertai Kami Sekarang!

Kami sentiasa terbuka menerima kehadiran anda ke dalam pasukan kami.

Aktiviti Kami

Demi mencapai matlamat melahirkan perunding kewangan takaful yang berilmiah dan berkarisma, kami telah menyediakan beberapa aktiviti sepanjang tahun.

Anugerah Yang Diterima

Pasukan kami juga telah menerima pelbagai anugerah yang diberikan oleh Great Eastern. Segala usaha keras setiap perunding takaful sangat berbaloi dengan penganugerahan tersebut.

Sertai Pasukan Kami Sekarang &
Mula Jana Income Yang Anda Impikan

Alamat

Dataran C180, Jalan C180/1, The Latitude, F-3A-1, 43200, Cheras, Selangor

Call Us: (03) 9082-7104

4 Cara Jana Income Extra Tanpa Ganggu Kerjaya Utama

Download sekarang, ianya PERCUMA!

We respect your privacy.
WhatsApp Untuk Tanya Soalan